....seperti tunas yang sedang membesar yang senantiasa merasakan angin yang bertiup itu satu cabaran baginya untuk terus tumbuh besar, begitulah yang dirasakan jua oleh sang remaja yang sedang dewasa. Kesulitan hidupnya terasa berat bak angin yang bertiup itu tadi....
Namun bila sudah ia tumbuh besar, pohon dan remaja tersebut merasakan cabaran tiupan taufan & ribut yang ada sebagai cabaran yang tertinggi pula di kala peringkat dewasa itu, berbanding angin biasa yang bertiup lalu itu nan dianngap tiada tinggi kesan cabarannya lagi.
.....dan begitulah dengan hidup ini seterusnya: di setiap peringkat, ada cabarannya yang seimbang dengan peringkat tersebut.
Misalannya, waktu sekolah rendah, peperiksaan atau ujian untuk menaiki ke sekolah menengah adalah yang terasa paling hebat & sukar sekali. Bila berada di peringkat menengah pula, SPM itu adalah cabarannya yang tertinggi waktu itu, sedangkan peperiksaan sekolah rendah kelihatan mudah saja bila diimbas kembali.
Selanjutnya, tika di STPM, SPM bila direnung kembali, terasa bukanlah yang paling sukar yang ada!
Seterusnya, begitulah ujiannya hidup ini - terasa ujian lampau bak mudah bila direnung saat dewasa begini sedang dulu ia adalah yang paling berat.
Cabaran masa lampau kelihatan jadi mudah atas sebab kita telah melaluinya dan belajar menanganinya untuk dapat dewasa, dan mengatasi cabaran tersebut.
Waktu di peringkat masakini, apa yang ada, itulah yang terasa & teranggap paling berat dan mencabar jiwa.
Namun percayalah, di depan hari nanti bila sudah ia dapat di atasi, terasa tidaklah sebegitu berat rupanya!
**************
Semua insan melaluinya putaran ujian ini di setiap peringkat masing-masing; namun, kita perlu bersyukur senantiasa diuji cabaran kerana ia lambang satu kehidupan: bahawasanya kita ini masih "hidup" dan bernyawa.
Bila kita tak diuji lagi, itulah hari kita berhenti tumbuh dewasa & matang dalam hidup ini. Kita tidak akan ada maya lagi untuk: hidup. Cabaran menghembuskan dalam jiwa kita nilai - semangat!
Yang perlu ada dari itu, adalah keredaan menerimanya (cabaran) dan terus menanam kesungguhan DALAM JIWA untuk terus hidup dan membesar, tumbuh dewasa.....mengatasi segala kesulitan!
karya: Musafir Lara Selamat
No comments:
Post a Comment